Logo Yang Macam Mana Memberi Pengenalan ?
Logo yang mampu memberi pengenalan ada adanya sesuatu yang unik pada logo tersebut, dengan keunikan itulah akan mejadi pengenalan sesebuah logo dan juga syarikat. Antara faktor lain adalah warna dan juga kreativiti dalam menghasilkan logo. Tapi perlu di ingat dalam menghasilkan logo simple adalah matlamat dalam design tapi memberi kesan yang cukup tinggi. Sebagai contoh bila kita baca sloga JUST DO IT..pasti orang akan tahu itu adalah NIKE.Simple maksud di sini ialah senang di lihat, mudah faham, mudah di ingati. Tidak serabut sampai bila lihat kita terpaksa memerah akal dan fikiran untuk memahami. Kalau itu berlaku pada logo kita cuba redesign semula.
Di sebalik maksud Logo faqirDesign / Rasional Logo
PedangIanya sebagai simbolik senjata yang ada pada saya. Apa yang ada (senjata) pada saya waktu ini ? Bakat saya yang Tuhan beri pinjam waktu ketika ini.
Faqir
Bertujuan mendidik hati merasakan bahawa bakat itu adalah pinjaman dan kurniaan dari Allah Taala dan juga sentiasa mengingatkan diri bahawa tiada yang hebat melainkan Allah. Dalam bidang seni ini kita lebih terdedah kepada pujian-pujian dari orang, jadi di sini saya cuba ambil kesempatan untuk tidak meletakkan pujian itu pada diri yang hina ini tetapi akan cuba sedaya upaya memulangkan pujian itu pada Tuhan yang Maha Esa.
Faqir warna Gold
Perkataan Faqir merujuk kepada Merendah diri, sifat merendah diri ada salah satu dari sifat mahmudah / terpuji jadi untuk menampakkan ianya adalah sesuatu yang bernilai maka warna Gold di gunakan.
Design
Perkataan Design di gunakan untuk menyatakan secara terus dan jelas bahawa Logo ini memberi khidmat Mereka Cipta (design).
Kenapa Design Warna Putih
Moto saya Kejujuran
0 comments:
Post a Comment