1. Nama Perniagaan Anda
Pastikan nama perniagaan yang dipilih mudah diingat dan boleh menarik perhatian sasaran pelanggan anda. Dapatkan pandangan dari orang yang arif dalam selok belok perniagaan. Anda juga boleh menanyakan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga mengenai nama perniagaan anda.
2. Kad Perniagaan
Dalam kebanyakan bisnes terutamanya sektor SME, tanpa kad perniagaan bermaksud kurang kredibiliti. Anda tidak perlu menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk membuat rekaan kad perniagaan anda. Sebaliknya, pergi ke Bantu.my untuk mendapatkan khidmat rekaan kad dari hanya RM50 sahaja.
3. ‘Letterhead’ Atau Sampul Bercetak
Untuk kegunaan surat rasmi perniagaan anda, pastikan anda mempunyai salinan digitalletterhead atau kepala surat untuk membina kredibiliti. Sampul yang dicetak dengan logo serta alamat syarikat anda juga amat digalakkan. Jika anda melakukan bisnes menjual produk secara online, anda boleh membalut produk tersebut menggunakan pembalut yang mempunyai logo bisnes anda. Selain dari membina kredibiliti, ia juga merupakan salah satu cara untuk membina jenama anda.
Baca Juga: Cara Menjual Melalui Internet Yang Berjaya
4. Laman Web
Di Malaysia, lebih dari 70% pengusaha perniagaan kecil dan sederhana (SME) tidak mempunyai laman web mereka sendiri. Di era teknologi, laman web rasmi merupakan keperluan pemasaran yang terpenting. Anda boleh mendapatkan servis berkaitan rekaan dan pembinaan laman web di Bantu.my
5. Emel Bisnes Anda
Alamat emel yang paling digalakkan ialah seperti nama@syarikat.com atau nama@syarikat.my. Elakkan dari bergantung kepada alamat emel dari Gmail atau Yahoo semata-mata. Jika anda mempunyai alamat emel untuk bisnes anda, ia membuatkan anda lebih dipercayai pelanggan.
Sebagai tambahan kepada topik asas pemasaran kali ini, kami juga ingin berkongsi tip tambahan iaitu soalan yang anda perlu tanya diri anda sebelum anda membelanjakan duit ke arah pemasaran:
- Kenapa bakal pelanggan patut membeli dari bisnes anda dan bukannya dari pesaing anda?
- Adakah terdapat segmen atau saiz pelanggan yang cukup besar dan menghargai kelainan yang bisnes anda cuba sampaikan?
- Bagaimana cara untuk menyampaikan mesej bisnes anda melalui strategi pemasaran yang telah dipilih?
sumber : http://blogspace.bantu.my/5-keperluan-asas-pemasaran-untuk-perniagaan-baru/
0 comments:
Post a Comment